Tuesday, 10 April 2012

:: final exam ::



KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah kan. Seolah2 nak melangkah pun x bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya. Hehehe..

#
#
#
#


# SAYA MEMANG MALAS PUN
Sebenarnya, apa yang tertulis dekat atas tu sebenarnya alasan semata-mata. saya memang dah malas sejak azali.  bukak buku ja mengantuk. Kalau study dengan laptop terbukak depan mata memang tak jadi kerja. Lagi-lagi kalau boleh online. Buku ke mana study ke mana. Contohnya macam sekarang. ada ja kerja yang saya nak kena buat tapi saya menghadap blog saya yang dah macam page yahoo. Lagi satu saya suka tangguh kerja. Kalau bukan besok dateline memang harapan la saya nak hadap kerja tu. Beranak la dalam rak buku tu saya takkan sentuh. See, saya sangat malas. Kalau ade calon-calon mak mertua yang baca mesti dia tak nak buat menantu kan kan. Tapi saya pandai masak mak. Pandai kemas rumah, Pandai..... Jaga anak. . Haha.


# NOTA SAYA TAK ORGANIZED ELOK-ELOK
Eh! Eh! . Nota saya cantik. Tapi kadang-kadang saya suruh orang pegang la. Saya selit dekat dalam note lain la. So end up nota tu entah ke mana. Saya pulak jenis bergantung pada nota sendiri. Nota orang tak main la. So bila nak final kan dah susah. Buat saya malas belajar ja. Kalau once nota tu dah hilang, subjek tu pun saya dah malas nak tengok. So kejap lagi saya nak pergi susun balik nota saya so that time final nanti saya tak la malas belajar kan.???ngehngeh:'|


Comel tak aku cakap macam ni?? Comel kan? Comel kan? Dengan ayat yang konon skema tu. Haha. *Nak muntah. Tapi sungguh la masuk diploma ni aku sumpah malas nak bukak buku. Sebab tu pointer aku dapat lowest. Aku malu giler tapi still boleh maintain muka kayu. Sabar ja kan.  





penat saya menaip.tinggal kan komen anda :")

0 comments anda:

Post a Comment